Kampung Seri Makmor yang terletak 3 kilometer dari Pekan Kuala Kurau Perak, menempa sejarah sekali lagi pada 4 Jun 2016. Sejarah merakamkan pertemuan lebih kurang 600 ahli keluarga dari seluruh pelosok tanah air dan bersama ahli keluarga permastautin berhimpun di perkarangan Surau Al-Makmur. Di tapak yang sama ini juga menjadi sejarah pada akhir tahun 50an, atas sepakatan masyarakat yang terjalin maka lahirnya Sekolah Agama Rakyat yang dikenali dengan Madrasah AlTarbiah AlDiniah.

Dato' Mastika Junaidah

Hj Md Ali Yahya

Hj Othman Mawi

Applikasi sosial Whatsapp menjadi media utama dalam usaha mengumpulkan ahli-ahli keluarga untuk berhimpun buat kali pertama ini.. Segala persiapan dan program bagi Majlis Reunion yang dipanggil 'Majlis Aroh Kulaan' telah dirancang dan diusahakan oleh satu AJK yang dilantik dengan Ketua Kampung, Tn Hj Md Ali Yahya dan Tn Hj Othman Mawi .sama-sama bertindak selaku Pengerusi Bersama.. Program yang dirancang telah mendapat sokongan dari ahli-ahli keluarga yang lebih senior dan segala urusan dijalankan di bawah Penasihat dan Penaung iaitu Y.Bhg Dato; Mastika Junaidah Hussain yang juga bekas Ahli Parlimen Arau.serta Pengerusi Surau Al Makmor, Tn Hj Samsuddin Hussain.

Objektif program adalah mengembalikan nostalgia zaman kecil peserta sebelum membawa haluan masing-masing ke perantauan disamping mengeratkan kembali silaturrahim sesama kulaan kampung. Sambutan program amat mengejutkan apabila dianggarkan lebih 600 ahli keluarga bersama keluarga hadir memeriahkannya disamping kehadiran setiap ahli keluarg yang bermastautin di kampung Seri Makmor ini. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Ketua Kampung. Hj Md Ali Yahya bahawa suasana sepanjang majlis itu amat meriah kerana mereka bukan saja dapat mengimbau kembali kenangan silam malah mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka setelah lebih 30 tahun terpisah. Dalam ucpan perasmiannya, beliau juga menyentuh berbagai aspek. Butir-butir ucapan beliau sila rujuk di halaman ucapan perasmian.

Gambar di atas menunjukkan sebahagian AJK dan para senior yang turut membantu.

Acara utama Majlis meliputi Majlis Aqiqah, Tahlil, Cabutan hadiah bertuah. Anugerah Ibu / Bapa Mithali dan beberapa anugerah mengenang

ahli keluarga yang berketrampilan disamping penyerahan sumbangan-sumbangan kewangan dan material dari individu dan agensi kepada

Sekolah Tahfiz dan Surau AlMakmur. Butiran dan gambar-gambar suasan Majlis boleh dilihat di halaman yang tertera berikutnya.

[ INTRO ] [ Ucapan Pengerusi ] [ AJK ] [ Persiapan ] [ Logistik ] [ Pendaftaran ] [ Perasmian ] [ Penyertaan ] [ Ramah Mesra ] [ Peyampaian Hadiah ] [ Birth Day Boy] [ Sehingga Jumpa Lagi ] [ Liputan Media ] [ Talabih Filam ] [ Seri Makmor Book of Records 2016] [ Pangkalan Data Karier / Career Networking ]

Snap shots of AROH KULAAN 2016 on video clips

BORANG PENGISIAN KARIER / 'CAREER' free hit counter