[ INTRO ] [ Ucapan Pengerusi ] [ AJK ] [ Persiapan ] [ Logistik ] [ Pendaftaran ] [ Perasmian ] [ Penyertaan ] [ Ramah Mesra ] [ Peyampaian Hadiah ] [ Birth Day Boy] [ Sehingga Jumpa Lagi ]

Kata Kata Aluan Bersempena Aroh Kulaan 2016.

Assalammualaikum W.H.B

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjat kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin Nya kita dapat bertahagaan kulaan seberataan pada Majlis Aruh Kulaan yang cukup bermakna buat masyarakat banjar kampong Seri Makmur dan kampung-kampung yang berjiran, yang ada kaitan saudara mara dengan kita.

Dikesempatan ini saya mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa Aroh Kulaan yang telah mengembeling usaha dan tenaga bagi menentukan kejayaan program ini dan juga mengucapkan syabas kepada Dato Mutalib Jelani admin WhatsApp mencadangkan perjumpaan untuk julung kalinya selepas 45 tahun dan dari generasi yang ke 8 (mungkin), masyarakat Banjar di Kampung Seri Makmor ini.

Hasrat dan matlamat perjumpaan ini juga tersirat dan terdorong dari satu posting Tuan Haji Wahab Shamsuri pada 22/4/2016 jam 5.27 pagi menyatakan: “Banyaknya aii tapalit kawitan.Barataan kita kulaan parak...kada bau bau macang. Terima kasih Dato Alip yang mengusahakan family tree. Damini puak anum yang banyak dlm laman kita ini. Orang2 lawas mana behinip?.....bapatak!.....kada hingkat keep up with new technologies loko??. Ka inni banyaknya kawitan, amon kita batahagaan disuatu majlid (majlis kot) perjumpaan, iii lah urang aroh pang, menyewa dewan, makan catering...amon nak berjimat belanja as compared to hotel. Ulon banyak banar kada manandu...anak sapa2 bapandiran. Jom bacuooran (berjumpaan) keluarga Seri Makmur”.

Sebagai Ketua Kampong, saya sangat berharap perjumpaan dalam program AROH KULAAN hari ini, dapat mengeratkan lagi sirahtulrahim di antara saudara mara / kulaan. Dengan perjumpaan hari ini, saya mengharapkan ikatan silahtulrahim ini akan terus berpanjangan dan hargailah ikatan persaudaraan kita ini.

Di kesempatan ini saya cadangkan, terjemahkanlah bertemuan ini sebagai titik mula dan terus kita semua bersepakat memakmurkan kampong kelahiran kita dan demi kesejahteraan jenarasi kita dimasa hadapan. Bersamalah kita menyumbang idea dan usaha serta ambil peduli agar kampong kelahiran kita tidak terus suram dan merosot kependudukannya. Rumah-rumah tidak berpenghuni semakin meningkat dan akhirnya dirobohkan atau rebah dengan sendirinya.

Kembalikanlah kegemilangan dan kemeriahan tersebut seperti dizaman kita kanak-kanak dahulu. Bagi tujuan ini saya juga cadangkan ujudkanlah satu “kumpulan pemikir (think tank)” khusus untuk memikirkan masa hadapan kampong kita. Kita bertindak sekarang untuk kelestarian jangka masa 30 tahun akan datang. Kalau sekarang tidak kita bersama fikirkan, siapa lagi yang diharapkan. Keikhlasan dan penat jerih kita hanya Allah s.w.t yang dapat membalasnya.  

Terasa benar bezanya apabila menghadiri jemputan kenduri kendara atau sesuatu upacara dikampung-kampung jiran. Kelihatannya masih dan terus meriah dan ramai ahli qariahnya dari pelbagai peringkat umur. Rumah bertambah di sesuatu lot.

Perjumpaan dan aroh kulaan inilah mungkin akan membuka mata kampung jiran-jiran kita dan mengatakan,”oh ramainya ahli qariah Seri Makmor yang telah berhijrah”. Pujuk-pujuklah salah seorang anak cucu kita menghuni semula lot-lot tanah yang ditinggalkan, sementara kita masih ada mendorongnya. Pohon maaf jika luahan peribadi ini tidak wajar dan menjengkelkan.

Sekali lagi ucapan terima kasih syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatan kuasa kecil yang dibentuk secara sukarela dan perancangan yang singkat dapat merealisasikan pertemuan ini. Kulaan yang bermaustautin di bandar sudi kembali ke kampong halaman dan sanggup meluangkan masa untuk bersama dimajlis ini.

Saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa penganjur dan ahli qariah, memohon maaf jika terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan terhadap penganjuran ini. Setakat ini sahaja yang termampu kami laksanakan. Segala yang cacat adalah kelemahan kami sendiri dan yang baik adalah dengan izinNya jua. Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia tidak lama lagi, di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa.

Akhir kata, saya ingin memberi penghargaan kepada Dato’ Hajjah Mastika atas dorongan dan nasihat dalam menjayakan program ini. Kepada Pengerusi bersama, Tuan Haji Othman Mawi dan AJKnya atas usaha gigih untuk memastikan program ini berjaya, kepada Tuan HaJi Rafie atas sokongan dan nasihat serta kepada semua penderma dan penyumbang samada tenaga, material, kewangan serta paling utama, ahli-ahli keluarga tuan/puan yang ada di sini sama-sama meraikan dan menjayakan program ini, juga ahli keluarga yang bermastautin di kariah ini yang ingin melihat anak cucu cicit sama-sama balik ke kampung.

Terima Kasih dan wassalam.

[ INTRO ] [ Ucapan Pengerusi ] [ AJK ] [ Persiapan ] [ Logistik ] [ Pendaftaran ] [ Perasmian ] [ Penyertaan ] [ Ramah Mesra ] [ Peyampaian Hadiah ] [ Birth Day Boy] [ Sehingga Jumpa Lagi ]